Ditaktor dan Pembaharuan Perlembagaan Lucius_Cornelius_Sulla

Lucius Cornelius Sulla - potrit denarius yang dikeluarkan oleh cucunya.

Pada akhir tahun 82 BC atau permulaan tahun 81 BC,[11] pihak Senat melantik Sulla ditaktor Rom legibus faciendis et reipublicae constituendae causa ("diktaktor bagi membuat undang-undang dan bagi menetapkan perlembagaan"). Keputuisan ini kemudiannya disahkan oleh "Perhimpunan Rakyat", tanpa had masa berkhidmat. Sulla memiliki kuasa penuh ke atas bandar dan republik Rom, kecuali ke atas Hispania (yang jeneral Marius, Quintus Sertorius telah tubuhkan sebagai negeri merdeka). Perlantikan luar biasa ini (digunakan selepas ini hanya dalam masa bahaya besar pada bandar, seperti semasa Perang Punic Kedua, dan hanya bagi tempoh 6 bulan) merupakan pengecualian pada polisi Rom untuk tidak menyerahkan kuasa penuh pada hanya seorang individual. Sulla boleh dilihat sebagai menjadi contoh bagi jawatan ditaktor Julius Caesar, dan akhirnya pengakhiran Republik di bawah Augustus.

Dengan kuasa mutlak ke atas bandar Rom dan urusannya, Sulla melaksanakan program menghukum mereka yang dia lihat sebagai musuh negara. Ini serupa dengan (dan sebagai balasan kepada) pembunuhan yang dilaksanakan oleh Marius dan Cinna ketika mereka berkuasa terhadap Republik semasa ketiadaan Sulla. Pengharaman ("Proscription") atau menghukum semua orang yang dilihatnya sebagai bertindak menentang kepentingan Republik semasa dia berada di timur, Sulla memerintahkan lebih 1,500 bangsawan (contoh., senator dan Equestrian (Rom) dihukum bunuh, sungguhpun ia dianggarkan seramai sehingga 9,000 orang telah dibunuh.[12] Penghapusan berlanjutan selama beberapa bulan. membantu atau melindungi orang yang disingkirkan juga boleh dihukum bunuh. Negara merampas kekayaan yang dihukum bersalah dan melelongkannya, menjadikan Sulla dan penyokongnya amat kaya. Anak dan cucu kepada orang yang dihukum bersalah diharamkan dari jawatan politik masa hadapan, larangan yang berlanjutan selama lebih 30 tahun.

Caesar muda, sebagai menantu Cinna, merupakan salah seorang sasaran Sulla dan lari dari bandar. Dia diselamatkan melalui usaha saudaranya yang ramai dari mereka merupakan penyokong Sulla, tetapi Sulla menulis dalam memoirnya bahawa dia menyesal mengampunkan nyawa Caesar, kerana cita-cita jahat pemuda itu. Sejarahwan Suetonius merekodkan bahawa ketika bersetuju mengampunkan Caesar, Sulla memberi amaran kepada mereka yang merayu bagi pihaknya bahawa dia akan menjadi ancaman pada mereka di masa hadapan, menyatakan "pada Caesar ini terdapat ramai Mariuses."[13][14]

Sulla, yang telah melihat kekejaman akibat pembaharuan popularis radikal (terutama di bawah Marius dan Cinna), secara semulajadi konservetif; his conservatism was more reactionary when dealing with the Tribunate and legislative bodies, while more visionary when reforming the court system and membership of the Senate.[15] Oleh itu, dia cuba mengukuhkan golongan aristokrat, dan dengan itu Senat.[15] Sulla retained his earlier reforms, which required senatorial approval before any bill could be submitted to the Plebeian Council (the principal popular assembly), and which had also restored the older, more aristocratic ("Servian") organization to the Century Assembly (assembly of soldiers).[16] Sulla, dirinya sendiri seorang Patrician dan dengan itu tidak layak bagi pencalunan bagi jawatan Plebeian Tribune, sepenuhnya membenci jawatan tersebut, kerana membesar semasa huru-hara era Gracchi. Oleh kerana Sulla melihat jawatan itu, terutamanya Tribunate sebagai merbahaya, yang sebahagiannya akibat latar belakangnya yang radikal, dan dengan itu matlamatnya bukan sahaja menghapuskan kuasa Tribunate, tetapi juga penghormatannya. Penyusunan semula Tribunes Gracchi merupakan salah satu sejarah radikalnya, tetapi bukanlah satu-satunya contohnya; Sulla sendiri telah secara rasmi dihilangkan pemerintahan timurnya melalui aktiviti tidak telus tribune. Sepanjang tiga tahun sebelumnya, tribunes merupakan pegawai yang paling bertanggung jawab bagi kehilangan kuasa oleh aristokrat. Disebabkan Tribunate merupakan cara prinsip di mana demokrasi Rom selalunya menegaskan dirinya terhadap golongan bangsawan aristokrat, adalah amat penting kepada Sulla untuk dia melumpuhkan jawatan tersebut. Melalui pembaharuannya pada Majlis Plebeian, tribuna kehilangan kuasa untuk memulakan legislasi. Sulla kemudian melarang bekas tribuna dari memegang apa-apa jawatan lain buat selama-lamanya, dengan itu individual yang bercita-cita tinggi tidak lagi merebut perlantikan ke Tribuna, kerana pemilihan tersebut akan mematikan kerjaya politik mereka.[17] Akhirnya, Sulla memansuhkan kuasa tribuna untuk membatalkan tindakan Senat, sungguhpun dia membiarkan kuasa tribuna kekal bagi melindungi rakyat Rom individu.

Sulla kemudian meningkatkan bilangan hakim ("magistrates") yang dilantik pada tahun tertentu,[15] dan memerlukan kesemua quaestor yang baru dilantik secara automatik diberikan keahlian dalam Senat. Kedua pembaharuan ini dilaksanakan terutamanya bagi membenarkan Sulla menambah saiz Senat dari 300 kepada 600 senator. Ini turut menghapuskan keperluan bagi Censor Rom untuk menyediakan daftar senator, oleh kerana ia sentiada terdapat bilangan bekas magistrates lebih dari mencukupi untuk memenuhi senat.[15] Untuk mengukuhkan kuasa dan kemuliaan Senat, Sulla memindahkan kawalan mahkamah dari equites, yang telah mengawalnya sejak pembaharuan Gracchi, kepada senator. Ini, bersama dengan peningkatan bilangan mahkamah, menambahkan lebih lanjut kuasa yang telah dipegang oleh para senator.[17] Dia turut mencipta kod, dan dengan itu menetapkan dengan jelas, cursus honorum,[17] yang memerlukan seseorang individual untuk mencapai usia dan tahap pengalaman tertentu sebelum bertanding bagi sebarang jawatan. Sulla turut ingin mengurangkan risiko jeneral masa hadapan yang mungkin cuba merampas kuasa, sebagaimana yang dilakukan olehnya. Bagi mengurangkan risiko ini, dia mengesahkan bahawa sebarang individual perlu menunggu selama sepuluh tahun sebelum kembali dilantik ke sebarang jawatan. Sulla kemudian menubuhkan sistem di mana kesemua konsul dan praetor berkhidmat di Rom semasa tahun mereka menjawat, dan kemudian memimpin tentera jajahan sebagai gabenor bagi tahun mereka meninggalkan pejabat.[17]

Akhirnya, dalam paparan kuasa mutlaknya, dia meluaskan "Pomerium", sempadan suci Rom, YANG tidak berubah sejak tempoh raja-raja.[18] Banyak pembaharuan Sulla mengambil masa lalu (sering kali meluluskan undang-undang dahulu), tetapi dia juga mengatur masa hadapan, terutama dalam takrifan undang-undang majestas (pengkhianat) dan pembentukan semula senat.

Pada akhir tahun 81 BC, Sulla, benar pada sentimen tradisionalnya, meletak jawatan sebagai ditaktor, menyuraikan pasukan legionnya dan memulihkan kembali kerajaan konsular biasa. Dia turut bertanding bagi (dengan Metellus Pius) dan dilantik sebagai konsol pada tahun berikutnya, 80 BC. Dia mengabaikan pengkritiknya ("lictors") and walked unguarded in the Forum, offering to give account of his actions to any citizen.[19][20] In a manner that the historian Suetonius thought arrogant, Julius Caesar would later mock Sulla for resigning the Dictatorship.[21]

Rujukan

WikiPedia: Lucius_Cornelius_Sulla http://books.google.bg/books?id=Z0Ykf4G40EMC&pg=PA... http://books.google.com/books?id=1DwOAAAAQAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=xOr9XsicOs8C&pg=P... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Gazetteer/Pl... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/...